Santek X!!!! |
Arini saja nak kongsi kata-kata semangat ngan korang semua. nak banyak bole la tengok kat sini
"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka."
"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."
"Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya."
"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya."
Renung-renungkan dan selamat beramal
Lah beria kami bukak page hampa, ingat upload pasal bukit tinggi tadi. choiiiii.. btw nice header kakak.....
ReplyDeletehahahhaa nanti la kami buat entry pasal tu
DeleteAssalamualaikum.. Zam singgah ke mari dari Segmen Jom Naikkan Trafik Mak Dara sebelum ni.. Sorry lambat buat kunjungan balas. Jemput ke blog Zam ya
ReplyDeleteOk. Thanks (,")
Delete