MuhasAbAh Diri KIta


"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."

Monday, September 29, 2014

Saat sebelum bergelar BONDA dan BABAH

Alhamdulillah....Tanggal 17 September 2014 jam 1444 pm puteri kami DHIYA QAIREENA MOHD SHAFIEE selamat dilahirkan ke bumi ini....Sehari sebelum bestday abg Telap tu...Syok la beliau...Syukur kepada Allah kerana dipermudahkan segala urusan...Alhamdulillah.

Entry kali ni nak berkongsi pengalaman atau detik akhir sebelum kami bergelar BONDA dan BABAH. Ohkey sebenarnya I da amik cuti 2 minggu awal dr EDD sbb mak risau I ddk sorg2 kat umah dalam keadaan tgh sarat tu..so sepanjang awal september I masih gagah untuk naik trn tangga ag...Rasa mcm baru ngandung 7 Bulan. Da la perut xberapa besar, kuat ag sampai mak abah pon pelik slalu org da sarat ni xlarat dah nak buat itu ini...I siap boley masak n buat keje umah ag ohkey...

Ok, minggu kedua september masih sama..walaupon EDD da dekat..boleh g jalan2 shopping mall kot...tmn abg telap carik adiah bestday gitew...(Abg telap kursus kat Melaka, then trs ke Penang jaga I, Allah betul2 permudahkan urusan kami...) Pastu org2 tua cakap nak bersalin senang kena banyak berjalan...so kami amik iniseatif untuk pusing2 taman setiap petang..Lps Abg telap balik jogging beliau akan sambung jalan pusing2 taman dengan I sampai jiran2 pon da kenal..Kalu x, terperap je dlm umah nih!!!!

Tetiap petang kiteorg akan pusing taman n I masih kuat untuk nek tangga tido bilik atas....Alhamdulillah Allah beri kekuatan tu....Sepanjang 2 minggu tu xde langsung tanda2 nak bersalin...I jadi xsabor dah tggu baby bile nak bg sign nak kuar...Ohkey 16 September dlm kol 9 cmtu tgh tgk tb tetibe rs sakit sangat kat perut..Mengeras dan sakit belakang..Makin lama makin kerap..Hajat hati nak diamkan je..tunggu esok baru gtaw tapi makin sakit...Bgtaw je kat Abg telap n mak abah apa ag kelam kabut semua siap2 nak g sepital....Mujur beg2 sume da siap awal...Stat dari situ I jadik nebes teramat2 nebes...

mak pulak teringat dulu time beliau nak bersalin maktok buatkan kopi panas dengan telur ayam kampung..Tgh kelam kabut siap2 mak xlupe buat benda yg sama utk I...Pergh rasa sangat sedap bile mnm ayaq kopi hangat dlm tu ada telur ayam kg mentah...Untuk tenaga nak bersalin nanti katanya...xpe la..minum je la secara paksa....Tapi hasilnya mmg betul....(,")

Disebabkan mak mathron kt sepital tu so xde la lama sangat proses sebelum admit wad...trs je ktorg g labour room utk cek bukaan berapa cm...Ohkey sangat nebes bila depa kata da bukak 2cm...ohmaiiii proses nak melahirkan sedang bermula....akhirnya I admit wad 10 tepat jam 2 pagi....Dapat tgk muka abang Telap yang sgt nebes sama dengan I...Esoknya cek ag skali bukaan da 4cm..da kene masuk labour room...ohkey ini saat paling cuak taw sbb mmg da dekat proses bersalin tu...Depa tolak i ngn wheelchair...sblom masuk mintak maaf ngan abang telap..lps cium dahi abang telap bisik kat telinga "all da best sayang...i maafkan semua kesalahan u" itu moment paling i xkan lupa...

Lepas tu berkampungla I di labour room bertarung nyawa untuk seorang puteri....nanti I cite pengalaman dalam labour room plk ek...

TERIMA KASIH ALLAH....Semoga kami diberi kesabaran menjaga amanah Mu ini dengan baik dan jadikannya seorang hamba yang beriman kepada Mu....

MuhasaBah Diri Bersama

"Sekiranya seorang manusia dipanggil sebagai seorang penyapu sampah, dia harus menyapu sama sepertimana Michelangelo melukis atau Beethoven memainkan muziknya, ataupun Shakespeare menulis puisinya. Dia harus menyapu dengan begitu baik sekali sehingga semua yang terdapat di syurga dan dunia akan berhenti dan berkata disinilah tempat tinggal seorang penyapu sampah yang paling hebat, yang telah melakukan kerjanya dengan baik sekali."

"Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya."

Yang Ni POn MeNarik Jugak UntuK KoRanG BaCa